23 Feb 2013

ustaz Pahrol!!!


Alhamdulillah diberi jgk kesihatan hari ni tuk hadir seminar mukmin professional bersama Ustaz Pahrol..seminar yg sgt padat dgn perkongsian yg sangat baik..mcm sekejap je masa berlalu tup2 dah habis..tapi nak buat mcm mana..dah tentative program mmg takat waktu tu aje kan..apa2 pun still dpt ilmu yg sgt bermanfaat hari ni..
Meh aku nak kongsi sikit apa aku dpt td..hehe..
Pembelajaran terbaik! Mestilah belajar dgn niat nak mengajar.. mksudnya kita niatkan kita belajar sbb kita nak amalkan ilmu yg kita belajar tu..dan kita nk jgk smpaikan ilmu tu pd org lain..dan cara terbaik menyampaikan ilmu adalah dgn kita mengamalkan ilmu tu..pepatah ada mengatakan..”hendaklah manusia itu mempercayai matanya drpd telinganya..”..apa yg aku phm dr kata pepatah ni, mksdnya dgn ada ilmu yg baik kita amalkan, secara xlangsung amalan kita tu akan dpt merubah org sekeliling yg melihat kita kerana apa yg dilihat lebih mudah untuk diikuti berbanding apa yg didengar..<kelam kabut je ayat aku ni>
Lagi?
Kebaikan mesti bermula dr diri kita..kalau kita nak bos yg baik, kita dulu kena jd pekerja yg baik..kalau kita nak suami yg baik, kita dulu kena jd isteri yg baik dllah..jgn sesekali kita bersangka buruk baik pd manusia mahupun pd Allah..sbb bila kita bersangka baik, inshaAllah kita akan dpt yg baik..
How to make people love you? You must like others first..only then u’ll get love..
Lagi? 6 perkara yg perlu dijaga setiap org:
~ Kesihatan
~ Ilmu >> fardhu ain >> fardhu kifayah
~ Iman >> tingkatkan hubungan dgn Allah (spiritual kita)
~ Perhubungan >> jg dan tingkatkan hubungan dgn manusia (social kita)
~ Profession
~ Kewangan
Kalau kita menjaga setiap drnya menurut peringkat, inshaAllah kewangan kita akan stabil hidup kita akan baik..
Ni ustaz sangat suka tekankan..Tanda Bangsa Maju
# Berebut2 memenuhkan ruangan hadapan tika hadiri majlis ilmu
# Berjalan laju (mission driven)
# Intonasi suara jelas
# Senyum yg jelas
Cukuplah tu..byk sgt menyalin td..compang camping notes ni..dpt tulis sikit ni pun jd lah kot..
Sikit kata2 menarik
# Akhlak yg sempurna bukan shaja membalas kebaikan, dan tidak membalas kejahatan, tetapi juga berbuat baik kpd yg berbuat jht pd kita..
# Pemimpin yg hebat memimpin adalah mereka yg dapat melahirkan pemimpin..
# Mengaku salah bukan kelemahan tapi kemuliaan..
# Ikhlas adalah mereka yg suci, murni, dan bersih hatinya dan mereka hanya mengharap redha Allah semata..
# Ikhlas itu bebas!
# Org yg ikhlas xkan ingat apa yang dia kata semalam..
# Siapa yg buru cinta Allah, cinta lain akan memburunya..
# Ikhlas adalah rahsia dalam rahsia Allah
# Sesungguhnya Allah suka apabila kamu beramal, kamu memperelokkannya..
# Rahsia kegagalan adalah apabila kita cuba menyukakan orang lain..
# Jgn menanti untuk ikhlas tapi carilah ikhlas..
Hum..takat ni je..kan tulis pnjang2 bosan nk bc pulak..moga ada manfaatnya..:)

No comments:

Post a Comment