19 Feb 2013

~pesanan ringkas~


Doa yang diajarkan Nabi s.a.w ketika ditimpa musibah..
“ya Allah, berilah ganjaran kepadaku atas musibah yang menimpaku ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik..”


Nabi s.a.w tidak pernah mengabaikan doa berkaitan hati..
“wahai Tuhan yg membolak balikkan hati, maka tetapkanlah hati ini dalam agamamu. Wahai Tuhan yg membolak balikkan hati, tetapkanlah hati ini dalam ketaatan kepadaMu..”


Abu Salamah mengajarkan doa pertama kpd isterinya Ummu Salamah..Ummu Salamah diuji dengan kehilangan suami tercinta apabila suaminya gugur syahid..namun setelah itu Allah menggantikannya dengan kehadiran Nabi s.a.w sebagai pengganti suaminya..Allahu Akbar..sungguh janji Allah itu sangat benar..yakinlah kita dgn janjiNya..

Doa berkaitan hati haruslah sentiasa kita amalkan kerana sesungguhnya Allah yg maha menjaga hati kita.. kita tidak tahu akhiran hidup kita kelak..so selalulah amalkan doa ni agar akhiran kita tetap dlm keimanan kpd sang Pencipta..

No comments:

Post a Comment