7 Dec 2011

~rabiatul adawiyah~

Rabiatul Adawiyah ialah salah seorang srikandi Islam yang agung dlm sejarah Islam..kecintaannya kepada Allah melebihi segala-galanya..beliau hanyalah seorang hamba yg lahir dlm kalangan keluarga miskin namun beliau mendapat didikan agama yang baik daripada ayahandanya yang ketika itu merupakan seorang guru agama..akibat drpd kemiskinan keluarga, ayahnya mengambil upah mendayung sampan..setelah kematian ayahnya, beliau mengambil alih kerja mendayung sampan dengan menggunakan kelebihan suaranya menyairkan puisi2 merdu sehinggalah beliau dibawa seorang pemuda yang menaiki sampannya mengadap seorang raja..setelah menjadi hamba kepada raja itu, hidup beliau jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang diajarkan kepada beliau..
namun akhirnya beliau sedar akan khilafnya dan kembali kepada Allah..setelah itu, beliau menyerahkan seluruh jiwa dan raganya hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah yang Esa..saban malam beliau berdoa dan merintih kepada Allah seolah-olah Allah begitu dekat dengannya..antara rintihan doa yang beliau didalam kesunyian malam:
"Ya Allah, ya tuhanku..aku berlindung diri kpd engkau drpd segala yg ada yg boleh memesongkan diri drpd-Mu, drpd segala dinding yg boleh mendinding antara aku dgn Engkau"
"Tuhanku..bintang2 tlh menjelma indah, mata tlh tiidur nyenyak, semua pemilik tlh menutup matanya dan inilah dudukku di hadapan-Mu"
"sekalian manusia telah tidur dan semua org telah lalai dgn asyik masyuknya. yg tinggal hanya Rabi'ah yg byk kesalahan dihadapanMu. maka moga2 engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akn menahannya drpd tidur supaya dia dpt berkhidmat kepadaMu"
Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yg lain drpd Allah..ini terbukti apabila banyak lamaran lelaki telah ditolak oleh beliau. beliau terus-terusan mencintai Allah semata-mata demi untuk mencapai redhaNya. selama 30 tahun beliau meneruskan kata-kata ini dlm solatnya:
"ya Tuhanku..tenggelamkan aku di dalam kecintaanMu supaya tiada satupun yg dpt memalingkan aku drpdMu."
antara syairnya yg masyur berbunyi:
"kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, kekasihku ghaib dlm penglihatanku dan peribadiku sekalipun, akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun"
kecintaannya kepada Allah adalah sgt luar biasa kerana kecintaannya itu adalah satu cara untuk membersihkan hati dan jiwanya..dia menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yg pernah diluahkannya..
"wahai tuhanku, apakah engkau akan membakar dgn api hati yg mencintaiMu dan lidah yg basah menyebutMu dan hamba yg takut kepadaMu?"
p/s: agungnya cinta seorang hamba kepada penciptaNya..semoga diri dapat mengambil pengajaran drpd kisah ni..semoga Allah juga membuka hati ini untuk berubah demi menggapai redha dan cintaNya..
"Ya Allah ya tuhanku..ampunilah dosa-dosaku..ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu..ampunilah dosa-dosaku pada masa sekarang..ampunilah dosa-dosaku di kemudian hari..ampunilah dosa-dosaku sama ada yang aku lakukan secara sengaja atau tidak..sedar atau tidak..ampuni hambamu ini yang Allah..hambamu ini telah banyak berbuat dosa..bukakanlah pintu-pintu taubat untuk hambamu ini ya Allah..lindungilah hambamu ini daripada perkara duniawi yang mengasyikkan..daripada cinta manusia yang melalaikan..dan daripada bisikan-bisikan yang boleh menyebabkan aku berpaling dari mengingatimu"

6 Dec 2011

~~haih!1.17 am sudah~~

roomateku dah bersiap nak tdo..
aku?duk melenggok lagi depan latop ni..
jap lagi lah p amik wudhuk..then solat taubat jap..then bc al-mulk..
ni lah antara amalan yang aku cuba aku buat..
insyaAllah dengan sabar aku dpt lakukan secara istiqamah..
tapi kekadang xkuat jugak..huhu..harap Allah mudhkan aku dalam mencari perubahan untuk diri aku ni..
moga satu hari nanti aku juga tergolong dikalangan mereka yang diangkat darjat disisiNya kelak..

skang..roomateku tgh bc almulk..tenang je rsnya bila mlm2 dgr org bc quran ni..
kalaulah kat umah pun boleh pektik gini lagi bagus..
harap2 lah ye asiah..

untuk berubah perlukan kesabaran dan doa yang ikhlas ye asiah..
ingat..bukan senang nak berubah ni..
sabar dan istiqamah..tu mesti!!!
kuncinya..pohonlah petunjuk dan kekuatan dariNya selalu ye..
dah la asiah..byk pulak kau merepek ni..
jom g toilet..amik wudhuk..:)

p/s: semoga esok hari..amalku..perbuatanku..akhlakku..pergaulanku..tingkahlakuku..percakapanku..adalah lebih baik daripada hari ini..dan semoga esok membawa lebih byk kebaikan kepada diri aku..

5 Dec 2011

~rindu anak-anak~

emmmm..tiba-tiba ingat anak-anak sedara aku..hai..balik umah lmbt lagi..kena hadap final dulu baru le nak chow..adeh..alang-alang sebut anak sedara aku..meh la aku nak kenalkan sorang-sorang..nak kenalkan anak aku lambat lagi..haih!!!haha..

ni anak kak sulong aku hok first..NUR ALIYA ZEHRA..tapi panggilan AISHAH or KAK CHAH nak masuk 11 tahun dah..tapi manje lebih..tiru mak dia hok ni jugak nih..haha..


ni pulok hok no 2..MOHAMAD NAZRIN SYARAFI..tapi panggil AQIL or AQIL ZUHUSNI or JOONY..ni kes mak ayah ye main lepar syiling la ni berebut ke nama..mak nak aqil..ayh nak nazrin..ngelah main lepar syiling tubik kaloh la mak..menang la ayh..jadi la nama sebenarnya nazrin syarafi..tapi pepe nama pun anak aku hok ni mmg menjadi kegilaan makcik-makcik dan pakcik-pakciknya disebabkan wajah yang comel dan petah mulutnya..
ni hok no 3..NUR ARIYANA ZHAFIRA..panggil AIRA..sebabnya abang dia si aqil tu duk tgh gila ke aira dalam cerita cinta dan anugerah time mak ye branak ke hok ni..jadilah nama panggilan aira tu..hok ni hok paling pndai skali nak ngamuk..nak ngajuk..umur baru je stahun padahal..mmg leklek pe mak dia sgt2 lah time kecik..haha






hok no 4 ni anak abg pie aku hok sulong..MUHAMMAD RAZIN ITHQAN (arini baru masuk 4bulan)..pelik kan namanya..sapa abg atas aku kata panggil ikang la hok ni..ingt razin ni ikang ke pe nak pnggil gtu..sabor jela razin ek..
ni plok anak first abg aku yang kedua..NUR RAISHA ADNI..comel je namanya..macam budaknya..aku pun suka..tapi aku xtau nak panggil pe lagi hok ni..haha..baru je tubik etep..xsapa lagi sebulan..and aku xtgk lagi pun..wuwu..:(

saya budak baru belajar..haha

pukul 4.20..baru aje siap buat blog ni..tu pun bukan aku yg buat..kwn aku..kalau nak aku buat sdri mmg xda lah..huhu..aku ni bukan pndai pun main benda-benda macam ni..ni je baru nak try menggedik nak ngetep benda2 ni..(malu seh..mmg buta it aku ni)..lepas dah buat ni xtau la ada tulis pepe ke tak lepas ni..haha..takut kosong xda hape je..budak malas kan..adeh..

so harap aku rajin la menyibukkan diri dgn blog ciptaan member aku ni..biar lah jasanya dikenang sebegitu..hihi..thanks ye kwn..stakat ini dulu nurkilan aku...nak g smyg asar plok..