17 Jan 2013

jom lembutkan hati!!!

kesimpulan dr video Ustaz Zahazan: Agar hati sentiasa hidup! (kalau nk tgk vid ni crilah sdri kat utube ye)

5 cara nak rawat HATI!

1) baca Quran secara TADABBUR.. bc secara PERLAHAN2, tidak TERGESA2, TENANG, dan bc dengan meLAGUkan bacaan tersebut sptmana yg diamalkan oleh nabi kita Muhammad s.a.w.. sabda nabi: bukanlah dr golongan kami org yg tidak melagukan bacaan al Quran..FAHAMI makna ayat yg dibaca biar kita dpt capai tahap penghayatan tentang ayat tu.. biar ayat tu menusuk ke dlm jiwa kita..

CUBA! TARGET khatam Quran 3 bulan skali.. so dlm stahun insyaAllah dpt 4x khatam.. xSUSAH pun.. asalkan istiqamah bc 2 muka tiap kali lps solat sgt ok dh..

kata ustaz lgi, Quran or MushaF yg kita guna tu biarlah satu shj.. biarlah mushaf tu sampai remuk hancur dulu kita guna barulah tukar yg lain..

2) rajinkan diri bangun Qiamulail.. time Qiamulail nilah masanya kita nk mengadu segala apa masalah pd Allah..

SET untuk bpe kali seminggu dhulu.. buat je sikit2 dulu..lama2 jd lah bukit..
OUH.. menuntut ilmu pd tgh mlm pun boleh dikira sbg Qiam jugak.. maaf xingt siapa ckp..tapi dgr tafsir ustaz Zahazan kat IKIM la ni..

3) bykkan istighfar kpd AllAH.. CUBA amalkan istighfar 70x shari.. then up lagi 100x shari.. x rugi kita ni byk istighfar.. dgn ISTIGHFAR pintu REZEKI insyaAllah kan terbuka luas..

4) makan secara sederhana.. makan berlebihan melemahkan badan kan? so boleh jugak amalkan puasa sunat.. sunat isnin khamis InsyaAllah.. tahu nape nabi puasaari isnin? sbb birthday Baginda jatuh pd hari isnin.. mcm kita ni waktu lahir dulu jatuh hari Ahad boleh la nk try puasa hari ahad jugak..:)

5) dekatilah org2 yang soleh.. insyaAllah boleh minta org soleh doakan tuk kita.. so sentiasa lah rajin2kan diri hadiri ceramah agama..

insyaAllah hati boleh terubat menjadi lebih baik dgn amalan2 ni..^_^


..update hati..

slm alaik..

serius lama gila x jenguk blog ni.. pasalnya baru2 ni duk asyik sgt ngadap drama2 korea.. hum.. apa nak jadi xtahu lah..

ok! 3 jan.. mlm khamis.. usrah!

dlm usrah time ni naqibah tekankan jgn kita sia2kan ms yg ada kat dunia ni.. kalau ikut kan masa ni terlalu singkat tuk kita buat amal kita.. pd usrah kali ni kita org tadabbur beberapa potong ayat di dlm surah anbia'.. hehe.. xingt ayat bpe ke bpe.. tapi tadabbur kali ni menekankan peringatan bhw MATI ITU PASTI! kita manusia biasa yg terbatas pengetahuannya mmg xkan pernah tahu bila ajal maut jodoh pertemuan kita.. sume tu kat tgn Allah.. so apa kita buat ialah persediaan menghadapi hari mati kita..

Allah! rs mcm takut tiba2.. apalah persediaan aku ni ye.. naqibah tekankan lg dah2 la kita ni duk buat perkara sia2.. contohnya tgk drama korea.. DuB! sentap seketika..hehe.. *pasal dh kena btg idung kan*..kata naqibah dia pun dulu gila sgt korea..tpi skang dh stop.. alhamdulillah ada kwn yg berpesan pdnya.. katanya pikir sdrilah kita tgk korea ni nti dkt akhirat dia ada bntu kita ke? hum.. duk ngelamun jap.. betul jgk..mana la ada bnda tu bwk manfaat pun for the hereafter.. ok! silent!

next! 10 jan..stil khamis.. iftar.. then jemaah maghrib.. then pakat dgr bacaan kwn.. then jemaah isyak.. then usrah..

kali ni tadabbur surah al-ghashiyah..Allah.. lagi peringatan tentang hari akhirat.. bc tafsiran ayat dlm surah ni rs mcm takutnya ya Allah.. apakah aku kan tergolong dlm kalangan yg beruntung? atau dlm kalangan yg rugi? astaghfirullah.. moga Allah memberi rahmat untukku dan ahli2 usrah ku..

skali lagi naqibah tekankan jgn lah duk bazirkan ms buat perkara2 xdak faedah.. kalau nk berhibur crilah hburan yg baik.. tgk video2 nasyid yg membawa ingtan kpd Dia pun dh ok.. lgi baik kalau dgr ceramah2, bcaan surah2..mmg susah kita nk berubah tapi kalau x cuba? lg susah kan? susah in the hereafter lg parah kot bnding susah dkt dunia ni..

lagi usrah mlm ni bercerita tentang bgaimana cinta para sahabt kpd Allah..bgaimana tgginya cinta pra sahabt kpd Baginda.. Allah.. kita ni agaknya duk tahap mana lah ye..nak sembahyang awal waktu pun payah.. nak mengaji tiap2 lps solat fardhu pun liat.. jauh lagilah kalau nk bgun Qiamullail kan? tapi xpe.. slagi mana kita masih ada rs nak berubah insyhaAllah Allah tunjukkan jalan..inshaAllah kalau kita ikhlas kerana Allah kita boleh buat lebih baik..

ok! sebenarnya yg cerita pasal isi2 dlm usrah tu pasai apa..hehe .. nak dijadikan cerita, walaupun dah g usrah dah dgr nasihat dr naqibah ckp stop2 lah tgk korea, aku yg masih lg hati xbpe nk betoi ni duk jugak lyn drama korea. by that time aku habiskan jgk 3 cte..bukan nk berbangga..tapi bila pk balik ms yg dh tersia tu rsnya mcm ruginya.. astaghfirullahalazim.. kalau by that time aku habiskan buku2 yg duk tggu nk dibaca tu agaknya boleh habis kot.. kalau by that time aku cuba hafal 2 3 surah insyaAllah aku rs boleh ingt kot.. kalaulah by that time aku tgk vid Syeikh Yasir Qadhi pasal sirah nabi Muhammad ni aku rs byk dah kot dpt tahu tentang nabi kesayangan para sahabt tu..

kalau, kalau dan kalau!

tapi xda gunanya dah kan.. ms yg pergi kita xboleh nk amik balik kan.. so ms yg ada skang ni cuba sebolehnya kurangkan buat bnda2 yg sia2 tu.. YA! skang aku tgh berusaha.. mengubat balik hati yg mcm dh nk kering..xpe.. org kata iman tu biasa la turun naiknya.. so asiah.. jom mula balik!!!!chaiyok!!

bak kata org, setiap penyakit ada penawarnya..setiap masalah ada penyelesaiannya. segalanya bergantung pd kita nk pilih ubat tuk kebah atau nk biarkan diri trus parah.. ok! set balik hati ni.. ikhlas kerana ALLAH!

kpd yg membaca tolong doakan asiah isa ni.. doakan Allah kan terus buka pintu hati ni untuk sentiasa kembali kpdNYa.. doakan agar ditetapkan hati pd agamaNya, ditetapkan hati pada ketaatan kpdNya..

terima kasih..:)

**untuk adik na..kot2 kamu membaca ini..thanks a lot..**

3 Jan 2013

kelas tajwid!!

assalamualaikum..

hari rabu.. jam 6.45 ptg biasanya ke kelas tajwid di pejabat ikram.. dan hari ni alhamdulillah masih dikurnia kekuatan untuk bergerak ke kelas.. insyaAllah masih lg belajar menyebur makhraj huruf dgn betul.. kali ni Dr Fatin kembali mengajar.. sebelum ni ustz Ibrahim yg insyaAllah by this time dah selamat smpai di Yaman..

hari ni belajar dua surah..1) at-takasur.. 2) al-'asr
apa yg menarik di dlm kelas hari ni before end of the class sorg budak lam kls tu, a student from egypt point the important of surah at-takasur. dia menekankan betapa tersangat pentingnya surah ni. mula2 penerangan melalui beliau dlm dialek bi nya yg x bpe nk faham..aku la..mungkin sebutannya or mungkin aku ni jnis susah nk phm kot entahlah..but then dr Fatin terangkan balik sebab rupanya not juz me yg xfhm..ada lagi..hehe..


ok first jom kita tengok dulu, perhati dulu dgn hati yg tenang insyaAllah makna surah at-takasur ni..
dengan nama Allah yg maha pengasih maha penyayang..
bermegah-megahan telah melalaikan kamu..
sampai kamu masuk ke dalam kubur..
sekali-kali tidak! kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu)..
kemudian sekali-kali tidak! kelak kamu akan mengetahui..
sekali-kali tidak! sekiranya kamu mengetahui dengan pasti..
niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim..
kemudian kamu akan melihatnya dengan mata kepala sendiri..
kemudian kamu akan benar2 akn ditanya pd hari itu tentang kenikmatan (yg megah di dunia itu)..

ok..point nya dkt sini.. insyaAllah sy cuba sampaikan apa yg sy faham td..
bermegah-megahan telah melalaikan kamu!!mksd ayat ni manusia kini makin senang nak bermegah2..bermegah dgn harta, kedudukan, rupa, kecantikan, anak, kepandaian, dan segala apalah yang boleh dimegahkan..manusia jd semakin lupa akan hakikat diciptakan.. apa matlamat sebenar diciptakan..


sampai kamu masuk ke dalam kubur!! ya..manusia itu xkan pernah puas berkejaran hinggalah maut or death dtg menjemput..kalau xda keinsafan mmg smpai mati pun tetap dgn kemegahan..


sekali-kali tidak! kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu)..
kemudian sekali-kali tidak! kelak kamu akan mengetahui..
sekali-kali tidak! sekiranya kamu mengetahui dengan pasti..
niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim..
kemudian kamu akan melihatnya dengan mata kepala sendiri..
kemudian kamu akan benar2 akn ditanya pd hari itu tentang kenikmatan (yg megah di dunia itu)!!
yg sy fham dr apa yg disampaikan, ayat2 ini ditafsirkan sebgai manusia itu apabila telah berada di dalam kubur barulah menyedari apa yg disia-siakan..di waktu hidup ni kita sebenarnya spt sdg tidur, apabila telah kembali ke kubur barulah kita ni diibaratkan baru sedar.. melalui tafsiran tu, barulah manusia itu melihat sdri neraka jahim dgn mata kepala mereka, maksudnya apabila di neraka barulah manusia ni sedar akan azab yang menanti akibat kelalaian mereka sewaktu di dunia dahulu.. sebab tu surah ni dikatakan sgt penting.. ia adalah sebagai ingatan dan amaran keras dr Allah kpd kita hambanya supaya jgn sekali2 kita lupa dan terleka dgn asyiknya dunia..semoga Allah meredhai dan merahmati kita..dan semoga Allah memelihara kita sebaiknya..


secara jujurnya hati sangat tersentap bila dr Fatin ceritakan peri pentingnya surah ni..berapa kali dr tekankan sangat sangat sangat sangat sangat dan sangat penting!!!!smpaikan seorg non-muslim Muhammad Asad (insyaAllah betullah) telah memeluk Islam setelah hnya mengkaji surah ni..sorg non-muslim boleh betul2 sentap, kita? beruntungnya kita sebenarnya sbb Allah dah bg amaran pd kita siap2 melalui surah2 yg diturunkan melalui nabi kita Muhammad s.a.w ni..cuma kita je yg nak ke xnak sedar.. 


lagi! lepas surah at-takasur surah apa? al-'asr kan? jom kita teliti makna surah al-'asr plak..
demi masa!
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..
kecuali org2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran..
sekali lagi Allah bersumpah..demi masa! sungguh manusia itu dlm kerugian.. mksdnya apa? mksdnya manusia ni sering lalai dgn masa yang dah Allah tetapkan.. masa disia2kan begitu shj..masa boleh beli balik ke? ms yg dah pergi xkan kembali seperti kita yg makin tua dan xkan kembali muda... tpi kita (termasuk aku la jugak) masih lagi sering lalai dan leka..tambah2 sekarang ni zaman makin canggih..mcm2 bnda boleh nk di'access'..klik je semua ada..agak2lah kan byk mana je kita guna ms ni tuk tmbh kan amal supya makin dekat dgnNya kan?
kalau sehari kita ada 24jam..tukar pd minit kita ada 1440 minit..tukar lg pd saat kita ada 86400 saat..dlm puluhan ribu saat ni brp ribu agaknya kita buat amal ibadah ye? nak banding senang je.. byk mana masa kita ngadap korea or fbook bnding kita ngadap Quran ye? 


betullah menurut Imam Asy-Syafi'eRahimullahi Ta'ala, "andai kita tidak tersibuk dengan hal-hal kebenaran, tentunya kita disubukkan dengan unsur-unsur kebatilan"


sedar x sedar sebenarnya setiap saat kita lebih dekat kepada kubur kita..kepada tempat kembalinya kita.. namun kita masih lg lalai dan leka.. mungkin kerana kurang kesedaran? mungkin kita sdri yg menolak untuk menerima kesedaran? mungkin kita masih xsedia menerima kesedaran? atau mungkin? kalau byk kemungkinan sangat fikir dua perkara je.. choose well or choose hell? your choice..(bak kt Hlovate la)tp apa yg lebih penting penekanan surah al-asr ni adalah mereka2 yg berpesan2 pd kebenaran dan kesabaran.. mampu x kita nak galas tanggungjawab ni? nak mengajak kepada kebenaran? bukan senang kan? pd non-muslim mmg sgt susah tapi kita still kena buat sebenarnya..pd kwn2?pd keluarga?pd yg terdekat dgn kita? mampu x kita?kalau sekali mengajak ditolak, mampu ke kita untuk mengajak kali keduanya? mungkin ye..mungkin tidak..tapi apa2 pun sbnrnya tu tanggungjawab kita.. kita jlnkan tggungjwb Allah will do rest..insyaAllah..sbb still hati tu Allah yg pegang..kalau berkali kita ajak ditolak mungkin Allah masih lg nak tgk takat mana kita usaha..


huh!baru sedar rupanya besar tugas kita sebenarnya..mengajak ke arah kebaikan bukan senang.. hari tu dgn adik sdri pun dh nk give up..mcm mana ni Asiah? dgn kwn2? dakwah is not optional Asiah..must keep telling and never stop..ya Rabb kuatkanlah hambaMu ini untuk mengajak ke arah kebaikan..ya Rabb hanya kepdaMu hamba berserah dan memohon pertolongan..harap segala ilmu yg dikutip di kelas td dpt dikongsikan..semoga Allah turut merahmati kalian..:)




1 Jan 2013

got a message

sender: adik!!
"terharu adik baca surat hok kak nor bagi ke ayah"

huh!ada lagi ke surat tu?awat balik artu aku cri xjumpa..haih..sebelum adik ni abgnya pun ada hantar msg yg lebih kurang sama.. "sedih gila weh baca surat mu wi ke ayah..nangis aku baca"..

persoalannya mmg sedih ke coretan surat tu?haha..aku sdri pun not sure sbb mmg time aku tulis tu aku menangis..ingatkan sbb mmg time aku tulis tu sbb aku tgh tersangat tension..tambah lagi aku ni mmg manja deney (mksdnya ckit2 nak nangis)..rupanya sbb mmg haru la ayat aku tulis tu?rasanya biasa2 aje..sekadar luahan seorg ank pd seorg ayah..mmg xpernah menulis surat pun pd ayah sebelum ni..hari tu sbb bday dia x wish so thought that i need to write something..

apa yg ditulis pun hanyalah sekadar ucapan terima kasih atas segala apa yg dh ayah korbankan..segala apa yg ayah dah penat usahakan..tp mungkin sbb surat tu ditulis sbg mewakili kesemua adik beradik yang adik2 kt tersentuh tu kot..mungkin part memohon maaf buat dorg haru kot..sbb yg menulis pun haru sgt time tulis tu..yelah..fikir2 byk nya buat salah pd ayah..pada mak..

bila balik cuti skali skala kdg x sedar mungkin ada melukakan hati mereka..mana x nya.. dah ayah suruh pergi tgk buku kita pergi tgk korea..dah ayah suh tlg mak kat dapur bagai alasan kita bg..mungkin dorg x da mendesak tapi mana tahu dsr hati mereka tersntuh dgn perlakuan kita kan? truthfully mmg ktorg adik bdik mls ckt..kesian mak ayah..dah ada ank ramai pun mcm xda nak mengurangkan beban dorg bab2 buat kerja umah ni..(tp rsnya ada la 3 4 yg boleh diharap)

tp mcm mana teruk pun kita still mak ayah syg kita kan?paling teruk nag kita satu mlm pg esok baiklah..xda nak sakit ati lebih2 kan?betapa beruntungnya kita..syukur pd Dia yg mengurniakan..so sbb tu kalau kita ada buat slh cpt2 lah mintak maaf..cpt2 kita mengaku silap..tuan yg menaip ni pun skang tgh berusaha nk betulkan balik mana yg dulu xberapa nk betul..hehe..tgh berusaha jugak nk jd ank yg baik..redha Allah terletak pd redha mak ayah pd kita kan?murka Allah pun bgtu..Allah dah melebihkan mak ayah kita selepas Dia dan rasulnya..so kalau nak dpt redha Allah, dptkan dulu redha mak ayah kita..xsusah pun..hormat dan xmenyakiti mereka insyaAllah dptlah..:)

dan apa yang paling penting! jgn pernah kita lupa untuk sentiasa mendoakan mereka..doakan kesihatan, doakan kebahagiaan, doakan dipanjangkan umur mereka agar kita ni sempat nak balas budi baik mereka, doakan juga agar Allah terus memurahkan rezeki untuk mereka..insyaAllah mak ayah akan senang dgn kita Allah pun akan suka pd kita..jom tanam cita2 jd ank solehah..tp jgn setakat cita2 tnpa usaha plak..moga Allah kan sentiasa redha pd kita..:)

kembali?

salam sejahtera kpd yg menyinggah..


dah lama x menaip dalam ni kan?hum..malas punya pasal..
tapi mcm nak menaip balik sebab bila bc blog2 org rsnya ada faedah nya juga kalau aktif blog ni (kalau tujuan nya baik lah)..


ni jadi menulis balik pasal ape?hum..stress?bosan?atau?tanya hati sedri pun xda jwpn jugak..haha..


sebenarnya buat kerja tapi x berapa nak jalan..tu yang dah melalut ke sini..padahal sebelum turun td my best member CLA yang manis siap pesan lagi jangan on9..tapi on9 jugak..adoi..macam mana kalau gini?tapi on9 pun kerja jalan jugak ye..cuma skang dah xreti sgt nk smbung kerja ni..so sementara menunggu download vid SYQ yg berjam ni baik la menaip kat cni..


hum..tgk..asyik mengeluh aje..dah tahu hati yang mengeluh tu hati yang xredha pada Allah pun masih jugak dgn keluhannya..tapi mcm tu lah..kita manusia ni kadang terlupa walaupun dah diingatkan..berapa kali diingatkan pun kadang tika dtg susah ckit mulut ni laju je nk berbunyi itu ini..macam mana la Allah nak redha dgn kita kan?
dah bosan ke membaca?mcm xda point aje kan?huhu..sebenarnya sdri pun xtahu tulis apa..isyh..dr td asyik xtahu je..apelah..sory ye pd yg membaca..hehe..


stop jelah dulu..nti bru ada idea smbung balik..org tulis blog kita pun rs nk tulis jugak..tgk org punya penulisan mcm ok je semua..best je bc..x bosan pun..kalau org bc blog ni agak2 bosan ke tidak ye? nak kena byk membaca byk meneliti la ce gini..ok!!stop dulu!!