hari rabu.. jam 6.45 ptg biasanya ke kelas tajwid di pejabat ikram.. dan hari ni alhamdulillah masih dikurnia kekuatan untuk bergerak ke kelas.. insyaAllah masih lg belajar menyebur makhraj huruf dgn betul.. kali ni Dr Fatin kembali mengajar.. sebelum ni ustz Ibrahim yg insyaAllah by this time dah selamat smpai di Yaman..
hari ni belajar dua surah..1) at-takasur.. 2) al-'asr
apa yg menarik di dlm kelas hari ni before end of the class sorg budak lam kls tu, a student from egypt point the important of surah at-takasur. dia menekankan betapa tersangat pentingnya surah ni. mula2 penerangan melalui beliau dlm dialek bi nya yg x bpe nk faham..aku la..mungkin sebutannya or mungkin aku ni jnis susah nk phm kot entahlah..but then dr Fatin terangkan balik sebab rupanya not juz me yg xfhm..ada lagi..hehe..
ok first jom kita tengok dulu, perhati dulu dgn hati yg tenang insyaAllah makna surah at-takasur ni..
dengan nama Allah yg maha pengasih maha penyayang..
bermegah-megahan telah melalaikan kamu..
sampai kamu masuk ke dalam kubur..
sekali-kali tidak! kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu)..
kemudian sekali-kali tidak! kelak kamu akan mengetahui..
sekali-kali tidak! sekiranya kamu mengetahui dengan pasti..
niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim..
kemudian kamu akan melihatnya dengan mata kepala sendiri..
kemudian kamu akan benar2 akn ditanya pd hari itu tentang kenikmatan (yg megah di dunia itu)..
ok..point nya dkt sini.. insyaAllah sy cuba sampaikan apa yg sy faham td..
bermegah-megahan telah melalaikan kamu!!mksd ayat ni manusia kini makin senang nak bermegah2..bermegah dgn harta, kedudukan, rupa, kecantikan, anak, kepandaian, dan segala apalah yang boleh dimegahkan..manusia jd semakin lupa akan hakikat diciptakan.. apa matlamat sebenar diciptakan..
sampai kamu masuk ke dalam kubur!! ya..manusia itu xkan pernah puas berkejaran hinggalah maut or death dtg menjemput..kalau xda keinsafan mmg smpai mati pun tetap dgn kemegahan..
sekali-kali tidak! kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu)..
kemudian sekali-kali tidak! kelak kamu akan mengetahui..
sekali-kali tidak! sekiranya kamu mengetahui dengan pasti..
niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim..
kemudian kamu akan melihatnya dengan mata kepala sendiri..
kemudian kamu akan benar2 akn ditanya pd hari itu tentang kenikmatan (yg megah di dunia itu)!!
yg sy fham dr apa yg disampaikan, ayat2 ini ditafsirkan sebgai manusia itu apabila telah berada di dalam kubur barulah menyedari apa yg disia-siakan..di waktu hidup ni kita sebenarnya spt sdg tidur, apabila telah kembali ke kubur barulah kita ni diibaratkan baru sedar.. melalui tafsiran tu, barulah manusia itu melihat sdri neraka jahim dgn mata kepala mereka, maksudnya apabila di neraka barulah manusia ni sedar akan azab yang menanti akibat kelalaian mereka sewaktu di dunia dahulu.. sebab tu surah ni dikatakan sgt penting.. ia adalah sebagai ingatan dan amaran keras dr Allah kpd kita hambanya supaya jgn sekali2 kita lupa dan terleka dgn asyiknya dunia..semoga Allah meredhai dan merahmati kita..dan semoga Allah memelihara kita sebaiknya..
secara jujurnya hati sangat tersentap bila dr Fatin ceritakan peri pentingnya surah ni..berapa kali dr tekankan sangat sangat sangat sangat sangat dan sangat penting!!!!smpaikan seorg non-muslim Muhammad Asad (insyaAllah betullah) telah memeluk Islam setelah hnya mengkaji surah ni..sorg non-muslim boleh betul2 sentap, kita? beruntungnya kita sebenarnya sbb Allah dah bg amaran pd kita siap2 melalui surah2 yg diturunkan melalui nabi kita Muhammad s.a.w ni..cuma kita je yg nak ke xnak sedar..
lagi! lepas surah at-takasur surah apa? al-'asr kan? jom kita teliti makna surah al-'asr plak..
demi masa!
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..
kecuali org2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran..
sekali lagi Allah bersumpah..demi masa! sungguh manusia itu dlm kerugian.. mksdnya apa? mksdnya manusia ni sering lalai dgn masa yang dah Allah tetapkan.. masa disia2kan begitu shj..masa boleh beli balik ke? ms yg dah pergi xkan kembali seperti kita yg makin tua dan xkan kembali muda... tpi kita (termasuk aku la jugak) masih lagi sering lalai dan leka..tambah2 sekarang ni zaman makin canggih..mcm2 bnda boleh nk di'access'..klik je semua ada..agak2lah kan byk mana je kita guna ms ni tuk tmbh kan amal supya makin dekat dgnNya kan?
kalau sehari kita ada 24jam..tukar pd minit kita ada 1440 minit..tukar lg pd saat kita ada 86400 saat..dlm puluhan ribu saat ni brp ribu agaknya kita buat amal ibadah ye? nak banding senang je.. byk mana masa kita ngadap korea or fbook bnding kita ngadap Quran ye?
betullah menurut Imam Asy-Syafi'eRahimullahi Ta'ala, "andai kita tidak tersibuk dengan hal-hal kebenaran, tentunya kita disubukkan dengan unsur-unsur kebatilan"
sedar x sedar sebenarnya setiap saat kita lebih dekat kepada kubur kita..kepada tempat kembalinya kita.. namun kita masih lg lalai dan leka.. mungkin kerana kurang kesedaran? mungkin kita sdri yg menolak untuk menerima kesedaran? mungkin kita masih xsedia menerima kesedaran? atau mungkin? kalau byk kemungkinan sangat fikir dua perkara je.. choose well or choose hell? your choice..(bak kt Hlovate la)tp apa yg lebih penting penekanan surah al-asr ni adalah mereka2 yg berpesan2 pd kebenaran dan kesabaran.. mampu x kita nak galas tanggungjawab ni? nak mengajak kepada kebenaran? bukan senang kan? pd non-muslim mmg sgt susah tapi kita still kena buat sebenarnya..pd kwn2?pd keluarga?pd yg terdekat dgn kita? mampu x kita?kalau sekali mengajak ditolak, mampu ke kita untuk mengajak kali keduanya? mungkin ye..mungkin tidak..tapi apa2 pun sbnrnya tu tanggungjawab kita.. kita jlnkan tggungjwb Allah will do rest..insyaAllah..sbb still hati tu Allah yg pegang..kalau berkali kita ajak ditolak mungkin Allah masih lg nak tgk takat mana kita usaha..
huh!baru sedar rupanya besar tugas kita sebenarnya..mengajak ke arah kebaikan bukan senang.. hari tu dgn adik sdri pun dh nk give up..mcm mana ni Asiah? dgn kwn2? dakwah is not optional Asiah..must keep telling and never stop..ya Rabb kuatkanlah hambaMu ini untuk mengajak ke arah kebaikan..ya Rabb hanya kepdaMu hamba berserah dan memohon pertolongan..harap segala ilmu yg dikutip di kelas td dpt dikongsikan..semoga Allah turut merahmati kalian..:)
kalau bukan kita yang ajak kawan kita, sape?
ReplyDeleteingat, Islam tu akan naik tidak kira kita bersama-sama menaikkan Islam itu ataupun tidak, tak nak rugi kan?
kawan yang baik pun akan bermusuhan di akhirat kecuali mereka yang bertaqwa.
keep going sis. innallahama'ana ^..^